Friday, January 8, 2016

Jom Ingat

Mengeksperimen :
Mengenal pasti masalah
Membuat hipotesis

Merancang eksperimen :

- Mengawal pemboleh ubah
- Menentukanperalatan dan bahan yang diperlukan
- Menentukan langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen
- Menentukan kaedah mengumpul data
- Menentukan kaedah menganalisis data

Melakukan eksperimen :

Memerhati
Mengelas
Mengukur menggunakan nombor
 Membuat inferens
 Meramal
Berkomunikasi
Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Mentafsirkan data
Mendefinisi secara operasi
Mengawal pemboleh ubah
Membuat hipotesis
Eksperimen



- Membersih peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
- Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul
- Melakarkan spesimen, peralatan, dan bahan sains dengan betul
- Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat
- Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat

.
.
.
.
.
.
.

Mengumpulkan data --- Menganalisis data --- Mentafsirkan data
Membuat kesimpulan --- Membuat pelaporan

 Cabar Minda
Jawab semua soalan yang berikut .

1. Berdasarkan dialog di bawah, kenal pasti inferens tentang kejadian yang berlaku.

Nurin    : Ammar, cuba lihat itu, tong sampah jatuh. Siapalah yang                   jatuhkan tong itu.
Ammar : Saya rasa mungkin monyet dari kawasan belukar sekolah                   kita. Semenjak kawasan ini dibersihkan, saya sering                          nampak monyet berkeliaran

2. Hipotesis di bawah dibuat oleh Lim ketika bermain gasing bersama-sama dengan rakan-rakannya.

            Semakin bertambah lilitan tali pada gasing, 
        semakin bertambah tempoh masa gasing berputar

Daripada hipotesis di atas, kenal pasti :
    i. pemboleh ubah dimanipulasi
   ii. pemboleh ubah bergerak balas

3. Baca isi- isi yang diberi. Kemudian, jawab soalan yang diberi.

1. Seekor burung datang.... haus.... jag yang berisi air.... tidak penuh.... tidak mampu meminum air....

2. Mendapat idea.... meletakkan beberapa ketul batu.... air semakin penuh....

3. Air penuh.... boleh diminum.... gembira.... hasil.... dapat terbang semula....

a) Ramalkan apakah yang akan berlaku selepas nombor 3 ?
____________________________________________________________________________________________________________

b) Apakah pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas daripada situasi di atas ?
____________________________________________________________________________________________________________

4. Amir menjalankan suatu penyiasatan ke atas tiga helai tuala ynag sama jenis dan saiz. Dia menuangkan 50 ml air pada setiap tuala dan menimbang semua tuala tersebut. Jisim awal setiap tuala telah direkodkan. Dia meletakkan tuala X, Y, dan Z  di bawah cahaya matahari.

Tuala X = Bergulung
Tuala Y = Lipat
Tuala Z = Tidak diubah bentuk/ saiz

Selepas 3 jam, Amir menimbang semula jisim setiap tuala.

a) Apakah tujuan penyiasatan ?
____________________________________________________________________________________________________________

b) Ramalkan susunan tuala mengikut tuala mengikut jisim akhir, secara menaik.
______________________________________________________

c) Nyatakan inferens berdasarkan perbezaa jisim akhir tuala X dan tuala Z.

5. Seorang pegawai pertanian telah merekodkan pemerhatian isi padu susu yang diperoleh pada tahun 2015 seperti maklumat di bawah.

Encik Yusof : -
Feb- 350    Mac- 405    April- 608    Mei- 704    (liter )

Encik Ramli : - 
Feb- 150    Mac- 245    April- 365    Mei- 526    (liter )

a) Tuliskan inferens berdasarkan perbezaan isi padu susu yang diperah bagi ternakan Encik Yusof dan Encik Ramli.
____________________________________________________________________________________________________________

b) Berikan inferens lain berdasarkan pemerhatian di atas.
____________________________________________________________________________________________________________

c) Nyatakan perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas berdasarkan inferens di (a).
____________________________________________________________________________________________________________

d) Pindahkan data dalam jadual ke dalam bentuk komunikasi yang sesuai .
____________________________________________________________________________________________________________




99 % mengikut buku teks sains© tahun 6 2016 ( KSSR )
m/s 11, 12, dan 13.

ZSDALHAH ®

https://plus.google.com/u/0/b/111637195968091488851/111637195968091488851/posts

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Manipulatif

1. Menyenaraikan peralatan, bahan sains, dan spesimen yang diperlukan bagi sesuatu aktiviti.

2. Memerihalkan penggunaan peralatan, bahan sains dan spesiman yang diperlukan bagi aktiviti dengan kaedah yang betul.

3. Mengendalikan penggunaan peralatan, bahan sains, dan spesimen yang diperlukan bagi sesuatu aktiviti dengan kaedah yang betul.

4. Menggunakan, mengendali, melakar, membersih, dan menyimpan penggunaan peralatan, bahan sains dan spesimen dalam suatu aktiviti dengan kaedah yang betul.

5. Menggunakan, mengendali, melakar, membersih, dan menyimpan penggunaan peralatan, bahan sains dan spesimen dalam suatu aktiviti dengan kaedah yang betul, bersistematik, dan berhemah.

6.  Menggunakan, mengendali, melakar, membersih, dan menyimpan penggunaan peralatan, bahan sains dan spesimen dalam suatu aktiviti dengan kaedah yang betul bersistematik, berhemah, dan menjadi contoh kepada rakan yang lain.

Thursday, January 7, 2016

Kemahiran Sains Tahun 6 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ini kita akan belajar 12 kemahiran sains yang kita belajar untuk UPSR 2016. 

Kemahiran Sains :
1. Memerhati
2. Mengelas
3. Mengukur menggunakan nombor
4. Membuat inferens
5. Meramal
6. Berkomunikasi
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
8. Mentafsirkan data
9. Mendefinisi secara operasi
10. Mengawal pemboleh ubah
11. Membuat hipotesis
12. Eksperimen

Maksud :

1. Memerhati : Definisi
           Memerhati adalah proses mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena dengan menggunakan sebahagian atau semua lima deria. Instrumen atau alat boleh digunakan dalam membantu deria. Pengetahuan dan pengalaman lepas memainkan peranan dalam membuat pemerhatian yang teliti.

Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga:
i)   Pemerhatian kualitatif melibatkan deria sahaja. Pemerhatian ini direkodkan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dilaksanakan. Pemerhatian berdasarkan ke atas  ciri-ciri dan sifat-sifat objek atau fenomena seperti warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu atau suhu.
ii)   Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih tepat dengan menggunakan instrumen untuk mengukur atau menyukat.
iii)  Pemerhatian perubahan pula memerhati perubahan yang berlaku khasnya berkaitan dengan fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia. Perubahan ini boleh diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif.

Penguasaan kemahiran ini penting bagi anda kerana:
boleh meningkatkan perasaan ingin tahu anda.
meransangkan pemikiran anda.
anda boleh mentafsir tentang persekitaran .
boleh mendorong anda kepada penyiasatan selanjutnya

Anda sedang menggunakan kemahiran memerhati jika:
menggunakan pelbagai deria untuk memperolehi maklumat.
menggunakan instrumen  atau alat yang sesuai untuk membantu deria membuat pemerhatian terperinci.
membuat perbandingan.
mengesan perbezaan dan persamaan.
mengenal pasti ciri-ciri kelainan atau yang istimewa.
mengenal pasti ketertiban atau urutan fenomena yang berlaku.
menyedari perubahan yang berlaku di sekeliling.
memilih butiran yang relevan daripada banyak atau pelbagai maklumat.



Aktiviti:  Perihalkan sebanyak mungkin sehelai daun dan beberapa helai daun.
              Perihalkan pembakaran sebatang lilin.




2. Mengelas : Takrif
           Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri, kualiti atau sifat sepunya.

Penguasaan kemahiran ini membolehkan anda....
menyusun sesuatu mengikut peraturan umum.
belajar sesuatu yang baru dengan mudah hanya dengan membandingkan ciri-cirinya dengan pengelasan yang sedia ada.
menyedari bahawa pelbagai cara boleh digunakan untuk mengelas sesuatu objek atau peristiwa.
menyedari bahawa pengelasan menjadikan kefahaman tentang sesuatu lebih tersusun.

Anda sedang mengenalpasti ciri-ciri sepunya jika anda.......
memberi ciri-ciri objek atau item.
mendapatkan ciri-ciri objek atau item.
menyenaraikan ciri-ciri objek atau item.
menentukan ciri-ciri objek atau item.

Anda sedang membuat pengelasan ciri-ciri apabila anda.....
mengumpul ciri-ciri mengikut kategori.
mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan ciri-ciri objek atau item.
mengkaji ciri-ciri sepunya pada objek atau item.
menyusun objek atau item mengikut kumpulan.
membahagikan objek atau item dalam kumpulan kecil berdasarkan ciri-ciri yang sama.
mencari perkaitan antara ciri-ciri objek atau item.
mengkaji perkaitan antara ciri-ciri atau item.

Jadual berkala adalah satu contoh pengelasan unsur-unsur. Adakah anda masih ingat bagaimana unsur-unsur itu tersusun?

Aktiviti 1:

                                                                  Gambar rajah 1
Dapatkah anda mengesan berapa pengelasan yang terdapat dalam Gambar rajah 1? nyatakan dan hurai pengelasan tersebut.

Aktiviti 2: Kenal pasti objek-objek di sekeliling anda. Adakah ia sejenis mesin ringkas? Buat pengelasan mesin ringkas merujuk kepada objek-objek berkenaan.



3. Mengukur menggunakan nombor : Takrif
          Kemahiran yang melibatkan penggunaan nombor dalam pengukuran semasa membuat pemerhatian kuantitatif. Kebolehan mengguna nombor dan unit-unit pengukuran yang tepat adalah penting dalam mengukur atau menyukat.

Adalah penting bagi anda menguasai kemahiran ini. Penguasaan kemahiran ini membolehkan anda.....
mengguna alat ukuran yang tepat.
menganggar jarak, luas dan isipadu dalam situasi dalam situasi yang memerlukannya.
membuat ramalan atau inferens dengan lebih tepat.
memperkembangkan kemahiran mengira.
menggunakannya dalam kemahiran proses yang lain.
membiasakan diri dengan ukuran-ukuran am yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Anda sedang mengguna kemahiran ini apabila anda......
mengguna alat pengukur.
mengguna nombor untuk merekod ukuran dan fenomena.
mencatat bacaan yang diambil.
mencatat unit bagi ukuran yang dibuat.
membuat pengiraan berdasarkan bacaan yang diperolehi.
mengguna skala dan nisbah.

Aktiviti: Perhatikan objek-objek yang terdapat di rumah anda . Bolehkah objek-objek itu membantu anda mengukur? Jika boleh, apakah objek itu ? Apakah yang boleh diukurnya? Cuba namakan alat yang terdapat di bilik sains atau makmal sains yang mempunyai fungsi yang sama.


4. Membuat Inferens : Takrif
          Membuat kesimpulan awal yang logik , yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa.Biasanya kesimpulan awal ini, dibuat berdasarkan pengalaman yang lalu.

Anda perlu menguasai kemahiran ini supaya anda boleh...
membuat penerangan awal untuk sesuatu pemerhatian.
membina satu hipotesis untuk penyiasatan
mengguna bukti-bukti yang ada untuk membuat penerangan awal.
melalui proses pemikiran semasa hendak menerangkan  sesuatu pemerhatian.

Anda sedang menginferens apabila.....
cuba membuat kesimpulan awal tentang pemerhatian.
membuat satu kesimpulan daripada sesuatu data.
membuat kesimpulan daripada sesuatu maklumat.
membuat satu tanggapan awal.
mencari jawapan kepada soalan yang bermula dengan ;
      Mengapakah .....?,  Bagaimanakah...?  Nyatakan sebab...


Aktiviti 1: Sekumpulan murid darjah lima sedang menjalankan projek mengkaji kesan penggunaan baja terhadap pertumbuhan pokok. Ketinggian pokok dan banyaknya baja yang diguna telah direkod dalam jadual 1.
Jadual 1 
Apakah inferens yang boleh anda buat?

Aktiviti 2
                  Perhatikan kedua-dua gambar di bawah. Apakah inferens yang boleh anda buat?



























5. Meramal : Takrif
             Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berdasarkan
pengetahuan sedia ada melalui pengalaman atau berdasarkan maklumat yang dikumpul   daripada     pemerhatian atau inferens .



Anda menggunakan kemahiran meramal apabila anda...

menggunakan maklumat semasa dan yang telah lepas untuk menjangka apa yang mendatang.
boleh membezakan antara meramal dan meneka.
dapat menjangka kesan akibat daripada tindakan yang diambil.
mengesan pola-pola untuk menjangka yang seterusnya.
yakin dengan ketepatan jangkaan yang dibuat.
dapat menjangka dan menghuraikan kejadian yang akan berlaku berdasarkan bukti dan 
kejadian lampau.

berhati-hati dalam membuat andaian menjangkau bukti yang ada hanya berdasarkan pola-pola data.
mengekstrapolasi sebagai alat untuk mendapatkan data dalam meramal.

Anda perlu menguasai kemahiran meramal kerana kemahiran ini membolehkan anda membuat keputusan yang tepat  dalam ....
mengurangkan bilangan pilihan.
merancang .
membincangkan pilihan-pilhan yang mungkin.

Anda sedang meramal jika anda... 
memerhati untuk mengumpul maklumat.
mengenal pasti pola-pola pada maklumat yang terkumpul.
menggunakan pola atau pengalaman lepas untuk menjangka apa yang akan terjadi.


Perhatikan contoh contoh berikut: 
      
1.       Apakah yang anda jangka akan terjadi?


Kemungkinan yang akan berlaku:
i.   Tembakan tepat mengena sasaran
ii.   Tembakan tersasar


Cuba anda jelaskan.


2.  
Kenyataan di atas adalah satu contoh pemerhatian. Apakah yang anda ramalkan akan terhasil?
Mungkin pelangi akan terhasil

Aktiviti.

Sekumpulan pelajar menjalankan satu eksperimen menggunakan sistem takal seperti dalam gambar di bawah.


Keputusan yang mereka perolehi dicatatkan ke dalam Jadual 1

Jadual 1
Sekiranya jarak daya 27 cm. Ramalkan jarak beban.



6. Berkomunikasi : Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
  • perbuatan menghantar matklumat; dan
  • proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geribahasa isyaratsentuhan,hubungan matadan penulisan.

Dimensi utama komunikasi[sunting | sunting sumber]

Terdapat berbagai-bagai takrif komunikasi, dari takrif yang mengiktiraf komunikasi antara haiwan sehinggalah yang hanya mengiktiraf komunikasi antara manusia sahaja. Bagaimanapun, komunikasi biasanya diperikan berdasarkan enam dimensi utama, seperti yang berikut:
  1. Kandungan (apakah yang disampaikan?)
  2. Penghantar/Sumber/Pengekod (oleh siapa?)
  3. Bentuk (apakah bentuknya?)
  4. Saluran (apakah perantaranya?)
  5. Penerima/Sasaran/Penyahkod (kepada siapa?)
  6. Tujuan.

Proses komunikasi[sunting | sunting sumber]

Komunikasi boleh dilihatkan sebagai proses untuk menghantar maklumat yang tertakluk kepada tiga tingkat peraturan semiotik:
  1. Sintaks (sifat tanda dan simbol yang formal)
  2. Pragmatik (berkenaan dengan hubungan antara tanda/ungkapan dan pengguna)
  3. Semantik (kajian tentang hubungan antara tanda, simbol, dan maknanya).
Oleh itu, komunikasi merupakan interaksi sosial antara sekurang-kurangnya dua ejen berinteraksi yang berkongsi satu set tanda serta satu set peraturan semiotik yang sama. Perbualan merupakan sejenis komunikasi yang kedua-dua pihaknya saling menghantar dan menerima maklumat. Teori pengawalan bersama memerihalkan komunikasi sebagai satu proses selanjar yang kreatif dan dinamik, dan bukannya penukaran maklumat yang berasingan.
Dalam model yang mudah, maklumat atau kandungan (misalnya, pesanan dalam bahasa sejadi) dihantar daripada penghantar kepada penerima menerusi saluran penghantaran, misalnya udara. Perantara komunikasi bukan sahaja membabitkan media massa dan media berita, tetapi juga merangkumi perantara tunggal yang digunakan untuk menyampaikan apa-apa data bagi apa jua tujuan. Bahantara ialah storan dan peralatan penghantaran data yang digunakan untuk menyimpan dan menghantar maklumat atau data. Jika wujudnya gangguan komunikasi dalam saluran penghantaran, maka penerimaan dan penyahkodan kandungan akan terjejas dan dengan itu, penghantar pesanan itu tidak akan mencapai kesan yang diingini.
Bahasa ialah sistem isyarat teratur daripada segi sintaks — misalnya intonasigerak isyarat, atau simbol bertulis — yang menyampaikan pemikiran atau perasaan. Kedua-dua bahasa pertuturan dan bahasa tulisanmanusia boleh diperihalkan sebagai sebuah sistem yang terdiri daripada simbol (leksem) serta juga peraturan tatabahasa yang mengolah simbol tersebut. Walaupun haiwan tidak memiliki sebarang bahasa tulisan, ia masih berkomunikasi dengan menggunakan bahasa, iaitu bahasa tersendiri.

Kategori Komunikasi[sunting | sunting sumber]

Komunikasi interpersonal[sunting | sunting sumber]

Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu). proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang yang lain.atau antara manusia proses komunikasi ini sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama.

Komunikasi intrapersonal[sunting | sunting sumber]

Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri),monolog.

Bentuk dan komponen komunikasi manusia[sunting | sunting sumber]

Manusia berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa komunikasi manusia ialah percakapanbahasa isyaratpenulisansikap, dan broadcasting. Komunikasi boleh berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Ia juga boleh jadi lisan atau tanpa lisan.

Teknologi komunikasi[sunting | sunting sumber]

Penyiaran radio dua hala transatlantik yang pertama berlaku pada 25 Julai 1920.
Apabila teknologi berkembang, protokol komunikasi pun berubah, misalnya Thomas Edison mendapati bahawa perkataan hello ialah sapaan yang paling tidak meragukan berbanding hail yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut.

Peranan perhubungan awam[sunting | sunting sumber]

Juruteknik komunikasi[sunting | sunting sumber]

Juruteknik komunikasi menyediakan kepakaran khas yang diperlukan untuk program-program perhubungan awam. Oleh kerana ia sebahagian daripada kumpulan pengurusan, juruteknik bertanggunjawab menyediakan dan menghasilkan material komunikasi untuk kegunaan perhubungan awam . Juruteknik komunikasi menumpukan kepada kemahiran komunikasi (journalistic skill). Mereka terlibat secara langsung dalam menyediakan newsletter , kenyataan akhbar dan berurusan dengan pihak media. Mereka tidak hadir dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan dan tugas mereka lebih kepada menerbit dan mengimplementasi program. Keberkesanan tindakan komunikasi dan program bergantung kepada difinisi masalah, buat keputusan yang strategik dan kebolehan penyampaian. Kelemahannya mereka tidak menyumbang kepada pembuatan keputusan dan perancangan strategik.

Pakar Pempreskripsi[sunting | sunting sumber]

Pakar Pempreskripsi bekerja sebagai penguasa ke atas masalah dan penyelesaiannya. Pelangan atau pengurusan selalu meningalkan tanggunjawab perhubungan awam kepada pakar dan mengandaikan perhubungan awam adalah peranan yang pasif. Pakar Penentu bekuasa dalamyang sensitive. Mereka bertindak sebagai penterjemahan dan orang tengah dalam saluran komunikasi terbuka (two-way permasalahan dan penyelesaiannya. Mereka mendapat kepercayaan pengurusan atasan dan bertanggunjawab mengenalpasti masalah, membangunkan program dan perlaksanaan program. Namun, mereka sering dipersalahkan kerana pihak pengurusan meletakkan kepercayaan seratus peratus ke atas pengamal perhubungan awam tanpa pengurus bertanyakan permasalahannya.

Pemudah cara komunikasi[sunting | sunting sumber]

Pemudah cara komunikasi pula berperanan sebagai broker maklumat. Pengamal berkhidmat sebagai penghubung, penterjemah dan penyampai antara organisasi dan awam. Mereka juga adalah pendengar komunikasi). Mereka terlibat dalam pembuatan keputusan dalam perkara yang mempunyai kepentingan bersama seperti mengadili, interaksi, mengadakan perbincangan, mengulas pandangan, mendapatkan reaksi dan memperbetulkan keadaan dengan hubungan komunikasi. Selain itu, fasilitator komunikasi turut menyediakan komunikasi turut menyediakan komunikasi untuk meningkatkan kualiti keputusan yang berkaitan dengan polisi, tatacara dan tindakan bagi kedua-dua belah pihak iaitu orang awam dan organisasi.

Pemudah cara penyelesaian masalah[sunting | sunting sumber]

Pemudah cara penyelesaian masalah berperanan sebagai ahli kumpulan pengurusan dan memandu ahli yang lain melalui proses penyelesaian masalah yang rasional iaitu melibatkan semua bahagian organisasi dalam perancangan perhubungan awam publik dan proses merancang program. Mereka berkerjasama dengan pengurus untuk mengenali masalah dan penyelesaian masalah. Fasilitator penyelesai masalah juga menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan perancangan strategik dan mengamalkan proses perhubungan awam seperti kajian, tindakan, komuniksai dan penilaian. Mereka adalah pengurusan kini yang menyediakan kandungan polisi dan prosedur iaitu kuasa membuat perubahan yang bersama-sama dengan pengamal perhubungan awam dalam aspek pembuatan keputusan dan strategi komunikasi yang berkesan memerlukan kesefahaman, cadangan dan perancangan aktiviti. Fungsi ini juga mungkin termasuk kerja-kerja penentuan belanjawan dan bertanggungjawab menentukan orang yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja perhubungan awam. Sebagai contohnya, presiden organisasi atau CEO selalaunya orang utama yang diberi tanggungjawab dalam aktiviti perhubungan awam.

Menyemai hubungan[sunting | sunting sumber]

Kejayaan perhubungan awam professional ditentukan melalui kebolehannya membangunkan kemahiran mengumpul maklumat daripada pihak pengurusan dan rakan sekerja dalam organisasi dan juga sumber luaran. Penilaian yang berterusan akan dilakukan dan setiap cadangan yang diformulakan oleh pengamal perhubungan awam perlu mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan organisasi. Kebanyakan aktiviti perhubungan awam memerlukan kerjasama dan kadangkala melalui unit organisasi lain seperti kakitangan personel, undang-undang dan pemasaran. Perhubungan awam professional perlu mempelajari cara dan teknik terbaik untuk membujuk publik agar profesion tersebut menjadi lebih efektif.

Menulis dan menyunting[sunting | sunting sumber]

Perhubungan awam professional sentiasa cuba menemui dan berinteraksi dengan kumpulan manusia yang besar. Dalam aktiviti tersebut, bahan bercetak merupakan perkakasan yang penting. Contohnya, bahan bercetak yang meliputi laporan, kenyataan akhbar, brochures, ucapan, video, skrip, artikel majalah perdagangan, maklumat produk dan material teknikal, penerbitan pekerja, newsletter, laporan pemegang saham dan lain-lain bahan bercetak berkaitan dengan komunikasi pengurusan. Bahan-bahan ini berfungsi sebagai medium komunikasi bagi kedua-dua publik iaitu publik dalaman dan juga publik luaran. Maklumat yang jelas dan gaya penulisan yang baik adalah penting bagi kerja-kerja perhubungan awam.

Maklumat[sunting | sunting sumber]

Aktiviti perhubungan awam berperanan mengukuhkan sistem penyebaran bahan berita kepada akhbar, media penyiaran dan penyunting penerbitan perdagangan. Aktiviti berkomunikasi dengan media dilakukan agar berita organisasi diterbitkan. Maka, pengamal perhubungan awam perlu mengetahui bagaimana akhbar dan media lain beroperasi, bidang yang menjadi tumpuan penerbit dan bahan yang menjadi minat penyunting. Disebabkan penyunting dan penyiar mempunyai jumlah ruang dan masa yang terhad, maka pengamal perhubungan awam terpaksa bersaing dengan pengamal daripada organisasi lain. Pengamal perhubungan awam perlu mendapatkan penyunting, penerbit dan cerita pada masa yang tepat. Selain idea diterima berdasarkan berita dan nilai yang ada, kebolehan membangunkan hubungan dan kerjasama dengan media berita amat berguna bagi kedua-dua pihak pengamal dan media.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Kepelbagaian penerbitan, laporan khas, video dan program multimedia menyediakan banyak ruang untuk berkomunikasi bagi pengamal perhubungan awam. Perhubungan awam professional tidak memerlukan kemahiran dalam seni, reka letak, tipografi dan fotografi tetapi pengetahuan asas tentang teknik penyediaan adalah penting untuk tujuan perancangan dan penyeliaan.

Acara khas[sunting | sunting sumber]

Persidangan akhbar, pameran, perasmian bangunan baru dan sambutan ulang tahun, peraduan dan anugerah, lawatan dan mesyuarat khas adalah sebahagian daripada acara khas yang boleh digunakan untuk meraih perhatian dan penerimaan kumpulan orang ramai. Ia melibatkan perancangan rapi dan kerjasama pelbagai pihak, perincian tindakan, penyediaan buku cenderamata, bahan publisiti dan laporan.

Pengucapan[sunting | sunting sumber]

Tugas perhubungan awam selalunya memerlukan kemahiran komunikasi bersemuka iaitu dengan menyediakan ucapan dan menyampaikan ucapan. Pengamal perhubungan awamyang boleh berucap kepada individu atau kumpulan akan memperolehi kelebihan menyampaikan idea berbanding penulisan.

Penyelidikan dan penilaian[sunting | sunting sumber]

Aktiviti penting yang perlu dijalankan oleh pengamal perhubungan awam adalah mendapatkan fakta. Ia boleh dilakukan melalui temubual, penyelidikan bahan-bahan perpustakaan dan perbualan informal. Penyelidikan juga boleh melibatkan teknik kaji selidik dan kepakaran, serta mereka bentuk dan menjalankan penyelidikan pendapat publik. Selepas program lengkap dijalankan, perhubungan awam professional perlu mengkaji keputusan dan penilaian perancangan, perlaksanaan dan keberkesanan program. Pihak pengurusan mengharapkan input yang berguna kepada organisasi melalui penyelidikan dan penilaian yang dilakukan dalam aktiviti perhubungan awam.

Profesionalisme pengamal perhubungan awam[sunting | sunting sumber]

Kajian terawal mengenai tahap profesonalisme pengamal perhubungan awam telah dilakukan oleh Gruning dan Hunt (1984) di kawasan Baltimore, Washington. Beliau menggunakan empat dimensi untuk membezakan pengamal yang professional daripada yang tidak professional. Empat dimensi tersebut ialah:-
  1. Pengamal nilai-nilai professional - Kebebasan daripada pengawasan yang berterusan semasa menjalankan tugas. Mempunyai pekerjaan yang bernilai dan penting kepada masyarakat. Berpeluang mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan. pengiktirafan daripada pengamal perhubungan awam yang lain. Golongan yang menentukan tahap profesionalisme mereka seperti ahli masyarakat, pihak pengurusan organisasi, pengamal perhubungan awam, pemimpin-pemimpin organisasi perhubungan awam.
  2. Nilai-nilai kerjaya iaitu pendapatan, keselamatan, status, dan pengiktirafan daripada golongan atasan dalam organisasi.
  3. Indeks aktiviti yang dilakukan oleh seorang pengamal perhubungan awam seprti menghadiri mesyuarat, mempersembahkan program, rancangan yang berkaitan dengan bidang perhubungan awam. Responden juga ditanya sama ada mereka menjadi ahli dalam Public Relation Society of America (PRSA).
  4. Latihan dan kelayakan yang ada pada pengamal perhubungan awam seperti mempunyai kelayakan dalam bentuk sijil, diploma, ijazah dalam bidang perhubungan awam.
Kesemua nilai professional dan nilai kerjaya adalah sama seperti yang digunakan oleh McLeod dan Hawley (1964) untuk mengkaji tahap profesionalisme wartawan dari Milwaukee. Gurning dan Hunt (1984) membandingkan nilai-nilai professional yang diperolehi dengan nilai kerjaya.
Indeks professional McLeod dan Hawley (1964) terdiri daripada 24 ciri-ciri pekerjaan yang diinginkan dalam mana-mana pekerjaan yang dibahagikan kepada 12 item professional dan 12 item bukan professional. Pengamal yang professional akan memberi skor yang tinggi dalam item professional daripada item bukan professional.
12 item professional yang disenaraikan oleh McLoed dan Hawley ialah:-
  1. Penggunaan penuh kebolehan dan latihan
  2. Peluang untuk keaslian dan dayausaha
  3. Peluang untuk mempelajari kemahiran baru dan pengetahuan.
  4. Mencapai kemajuan dalam kerjaya professional.
  5. Bekerja dalam syarikat akhbar yang dikenali dan dihormati oleh wartawan lain.
  6. Pekerjaan yang dinilai dan penting kepada masyrakat.
  7. Penghormatan kepada kebolehan dan kecekapan rakan sekerja.
  8. Berpeluang mempengaruhi pemikiran public.
  9. Penyelia yang menghargai masa anda untuk memperbaiki kebolehan anda.
  10. Kebebasan daripada pengawasan rapi dalam menjalankan tugas.
  11. Berpengaruh dalam membuat keputusan.
  12. Satu pekerjaan yang membuat organisasi berbeza kerana saya menyumbang kearahnya.
Manakala 12 item bukan professional pula ialah:-
  1. Keseronokan dalam penglibatan kerja.
  2. Terdapat sokongan daripada orang lain
  3. Mencapai kemajuan dalam organisasi
  4. Pendapatan yang lumayan untuk menjalani kehidupan yang baik
  5. Bekerja dengan orang dan bukan benda-benda
  6. Keselamatan kerja kerana ia stabil
  7. Kegembiraan dan kepelbagaian dalam kerja
  8. Bekerja dengan orang-orang yang bersefahaman
  9. Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam masyarakat
  10. Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam organisasi
  11. Pekerjaan yang membolehkan saya bertemu dengan orang-orang ternama seperti pemimpin Negara.
  12. Pekerjaan yang tidak menganggu keluarga saya.


7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa : Takrif
            Menghuraikan  perubahan parameter dengan masa. Contoh parameter seperti lokasi,arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim.

contoh
            Amin meletakkan ais ke dalam bekas dan suhu ais diukur setiap 5 minit. Amin merekodkan Pemerhatian di dalam jadual 1.

                                  
 Jadual 1

Huraikan hubungan antara suhu dengan masa. Buat kesimpulan berdasarkan keputusan.



8. Mentafsir data : Takrif
          memberi penerangan  tentang pola/ perhubungan berdasarkan maklumat yang 
dikumpul atau memperihal secara bermakna tentang pemerhatian yang telah dibuat

Secara umumnya, perihalkan maklumat yang tersurat dan cari maksud yang tersirat.

Masihkah  anda ingat dengan dua jadual di bawah ini?





Soalan yang perlu dicari jawapannya...
Apakah yang diwakili oleh setiap lajur?
Apakah kecenderungan menurun setiap lajur?
Apakah perkaitan antara lajur-lajur tersebut?



9. Mendefinisi secara operasi : Takrif
          memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara 
spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang
berlaku ke atas pembolehubah itu.


Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu
menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas
pembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi
secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk
pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. Definisi yang
diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka
merujuk kepada pembolehubah yang sama.

Contoh
Mendefinisi secara operasi "pertumbuhan anak pokok"
Anda boleh mendefinisinya sebagai .........

1.Ketinggian anak pokok iaitu jarak dari aras tanah ke pucuk daun yang tinggi sekali.
   Anda perlu menggunakan pembaris meter atau pita pengukur untuk mengukur
   ketinggian tersebut setiap lima balas hari. Perbezaan ukuran akan mewakili
   pertumbuhan anak pokok.
                                                              atau
2.Bilangan daun pada anak pokok. Anda perlu mengira jumlah daun yang terdapat pada
   pokok itu selepas setiap dua minggu. Penambahan bilangan daun menunjukkan terdapat
   pertumbuhan pada anak pokok.
                                                               atau
3.Ukurlilit batang pokok. Anda perlu menandakan batang pokok yang hendak diukur.
   Dengan menggunakan pita pengukur atau benang dan pembaris, anda boleh
   mendapatkan ukurlilit batang pada bahagian yang bertanda selepas dua minggu.
   Anak pokok mengalami pertumbuhan jika ukurlilit bertambah.
                                                                atau
4.Jisim anak pokok dan pasu. Anda boleh menggunakan neraca alur tigaan atau
   penimbang elektronik untuk menimbang anak pokok dan pasu pada masa
   awal eksperimen. Selepas sebulan anak pokok dan pasu ditimbang semula. Jika
   terdapat perbezaan jisim ini bermakna anak pokok telah mengalami proses
   pertumbuhan.

Aktiviti
Anda dikehendaki memberi definisi secara operasi kepada
1. kadar penyejatan air
2. bahan yang larut dalam air



10. Mengawal pemboleh ubah : Takrif
         mengenal pasti dan mengendali semua faktor atau pembolehubah yang boleh 
memberi kesan kepada hasil eksperimen. Hanya satu pembolehubah sahaja yang 
diubah secara sistematik sepanjang eksperimen sementara pembolehubah lain ditetapkan untuk
 menjamin kebolehpercayaan keputusan eksperimen


Tiga jenis pembolehubah:
1. Pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah tidak bersandar - pembolehubah
    yang sengaja diubah secara sistematik untuk menghasilkan perubahan kepada
    pembolehubah lain.
2. Pembolehubah bergerak balas atau pembolehubah bersandar - pembolehubah yang
    berubah akibat daripada perubahan pada pembolehubah lain. Pembolehubah ini
    diperhatikan sepanjang eksperimen.
3. Pembolehubah malar atau pembolehubah tetap - pembolehubah yang dikekalkan tanpa
    sebarang perubahan sepanjang eksperimen. Pembolehubah ini boleh mempengaruhi
    pembolehubah bergerak balas tetapi ditetapkan nilai atau keadaannya supaya
    kesannya ke atas semua percubaan ujian adalah sama dan boleh diabaikan. Oleh itu
    ahli sains hanya mengkaji hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan
    pembolehubah bergerak balas.

Pembolehubah perlu dikenalpasti sebelum memulakan eksperimen supaya anda dapat
menentukan .......
apa yang akan diukur atau diubah / pembolehubah manipulasi)
bagaimana mengukur pembolehubah manipulasi
apakah yang akan diperhatikan dalam eksperimen / pembolehubah bergerak balas
bagaimana mengukur pembolehubah bergerak balas
apakah faktor-faktor yang dikekalkan sepanjang eksperimen

Contoh
Sebuah elektromagnet dapat menarik lebih banyak klip kertas jika bilangan sel kering
bertambah di dalam litar. Bilangan sel kering boleh diubah untuk menentukan kesannya
kepada elektromagnet.
Pembolehubah yang dimanipulasi : bilangan sel kering dalam litar
Pembolehubah bergerak balas     : bilangan klip kertas yang tertarik kepada
                                                              elektromagnet
Pembolehubah malar                   : jenis bateri, saiz dan panjang dawai, jenis litar, saiz
                                                          dan jenis klip kertas, prosedur untuk menarik klip
                                                           kertas

Aktiviti
Anda dikehendaki mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air.
Berikan empat pembolehubah yang dimanipulasi dan terangkan bagaimana ia
mempengaruhi pembolehubah yang bergerak balas.



11. Membuat Hipotesis : Takrif
         membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan 
 beberapa siri pemerhatian dan inferens.



Kemahiran membina hipotesis bergantung kepada kebolehan anda dalam .....


1. membuat pemerhatian yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau
    merekodkan pemerhatian dalam bentuk gambar rajah, jadual dan graf.
2. mentafsir inferens dan data secara tepat
3. mengenalpasti pola, ciri-ciri sepunya dan 'trend' dalam maklumat
4. membuat penerangan tentang pemerhatian , inferens dan data
5. memberi sebab yang munasabah terhadap setiap hipotesis
6. merancang dan menjalankan eksperimen untuk setiap hipotesis
7. membanding dan membeza data yang menyokong dan tidak menyokong sesuatu
    hipotesis
8. menyemak hipotesis dengan dapatan ujikaji
9. membezakan inferens daripada hipotesis

Bila dan mengapa perlu membina hipotesis?
1.Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen.
2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam
   eksperimen.
3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam
   merancang prosedur eksperimen, alat komunikasi yang akan digunakan dan cara
   bagaimana menganalisis data.
4.Kemahiran berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara
   pembolehubah.
5.Hipotesis menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan logikal di akhir
   eksperimen

Bagaimana membina hipotesis?
Kenal pasti pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas
dan pembolehubah malar
Tulis satu penyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah yang
dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Perlu nyatakan bagaimana
pembolehubah yang pertama mempengaruhi pembolehubah kedua.

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian

Anda pernah memerhati bahawa gula pasir larut lebih cepat di dalam air panas
berbanding air sejuk. Daripada pemerhatian tersebut anda mungkin membina hipotesis,

"Semua bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas
 berbanding air sejuk"

Hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian perlu diuji berkali-kali dengan
menggunakan pelbagai bahan untuk menetusahkan hipotesis tersebut. Bahan yang
diketahui larut dalam air dimasukkan dalam bekas berisi air panas dan bekas berisi
air sejuk. Masa untuk melarut dicatat. Jika masa untuk melarut dalam air panas sama
dengan atau lebih lama daripada masa melarut di dalam air sejuk, maka hipotesis tidak
disokong  oleh dapatan eksperimen. Hipotesis perlu diubahsuai atau diganti baru seperti,

"Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas
 berbanding air sejuk"

Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan inferens


Sebatang paku dililit dengan dawai bergelung yang dipasang pada bekalan elektrik.
Apabila arus mengalir di dalam dawai bergelung, paku itu dapat menarik klip kertas.
Jika bilangan lilitan ditambah bilangan kertas klip yang melekat pada paku turut
bertambah. Inferens yang mungkin anda buat ialah apabila bilangan lilitan gegelung
bertambah, lebih banyak klip kertas yang ditarik oleh paku kerana kekuatan medan
elektromagnet paku juga bertambah. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferens
ialah,
"Semakin banyak lilitan gegelung semakin kuat medan elektromagnet terhasil pada paku."
Seterusnya hipotesis ini diuji untuk mendapatkan data yang akan menyokong atau
menyangkal hipotesis tersebut.

Bagaimana menilai hipotesis anda?

Bandingkan hasil eksperimen dengan hipotesis yang dibina.Jika dapatan eksperimen
menyokong hipotesis, maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesis
tersebut perlu diubahsuai atau diganti dengan yang baru.

Aktiviti

Anda dikehendaki menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi masa untuk memasak
kentang. Beri empat faktor dan bagi setiap faktor bina hipotesis yang boleh anda uji.




12. Mengeksperimen : Takrif
          menyiasat iaitu merancang, memanipulasi pembolehubah dan menguji 
hipotesis untuk membuat keputusan


Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains.
Anda mengeksperimen dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membina
hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar.
Seterusnya anda merekabentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaan
mengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat
kesimpulan atau keputusan.
Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan
eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah
disediakan kepada anda.

Hasil eksperimen disebarkan kepada umum melalui penulisan laporan amali. Maklumat
yang perlu ada ialah
1.Penyataan masalah atau soalan kajian yang dikaji
2.Penyataan hipotesis yang diuji
3.Penyataan tentang pembolehubah
4.Penerangan tentang langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan
5.Jadual untuk merekod bacaan termasuk bilangan penyiasatan yang dijalankan
6.Graf jika berkaitan
7.Penyataan yang menghubungkait pembolehubah-pembolehubah
8.Perbandingan di antara dapatan eksperimen dan hipotesis untuk mengenalpasti samada
   hipotesis diterima atau disangkal.

Aktiviti
1.       
Dengan menggunakan bahan-
bahan yang dipaparkan:
1 gabus,6 keping plastik sebagai
kipas roda,1 pisau,1 lidi satay,
2 botol air mineral, salur getah dan corong
1. Bina satu roda air.
Berhati-hati semasa menggunakan
pisau untuk memotong gabus.
2. Kaji dua faktoryang mempengaruhi
 kadar pusingan roda air.


3. Nyatakan secara terperinci
semua kemahiran proses sains yang terlibat dalam eksperimen ini.                                                                                                                           











2. Dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah (seperti di dalam gambar rajah)
seperti tuala, plastik,pembaris panjang, bekas bulu tangkis dan guli,
Jalankan eksperimen untuk menentukan rintangan pada permukaan yang berbeza.
Nyatakan kemahiran proses yang terdapat dalam eksperimen secara terperinci.